Samsung pada minggu lepas telah mengadakan acara Samsung Galaxy S21, dan turut memperkenalkan beberapa aksesori bersama dengannya. Salah satu adalah Gaalxy SmartTag – iaitu sebuah penjejak berhubung yang boleh dipasang pada pelbagai peralatan, termasuk pada haiwan peliharaan.
Galaxy SmartTag menawarkan rekaan kompak dan beroperasi menggunakan Bluetooth Low Energy (BLE). Sebuah aplikasi khusus disertakan untuk memudahkan anda menjejak lokasinya.

Ketika pelancaran minggu lepas, Samsung mengumumkan harga jualannya adalah RM119. Apa pun, menariknya, bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk Galaxy SmartTag ini pada harga RM79 untuk waktu terhad.

- Info
- Beli : Samsung Galaxy SmartTag pada harga RM79