Carian
Barangan Google Nest Kini Menyokong Ekosistem Samsung SmartThigs
January 19, 2021 Fahim Zahar

Disember 2019, Google, Amazon, Apple, Samsung dan banyak lagi syarikat ternama bekerjasama untuk piawaian sambungan peranti berhubung Project Connected Home Over IP (PCHOIP). Kami menjangkakan yang tahun ini, adalah tahun di mana penggunaan peranti berhubung semakin meluas dengan sokongan mesra ekosistem.

Google telah mengesahkan yang Samsung adalah antara rakan kerjasama dalam merealisasikan projek PCHOIP. Barangan peranti berhubung SmartThings kini diintegrasi dalam Android Auto. Baru-baru ini, pengguna sudah boleh mula menggunakannya. Selai itu, Google turut nyatakan yang barangan Google Nest juga akan diintegrasikan dalam SmartThings.

Bagi yang tidak tahu, SmartThings sudah boleh diintegrasi dalam Google Home. Tetapi masih terhad. Terkini, barangan Google Nest seperti loceng rumah pintar, tombol pintu pintar, sistem kamera, termostat dan banyak lagi mula diintegrasikan dalam SmartThings. Pengguna hanya perlu gunakan aplikasi SmartThings terkini dan akaun Google Nest boleh terus diselarikan.

Komen