Xiaomi Mi Watch Berharga RM469 Di Malaysia – Dijual Bermula Esok, 20 Januari

Diterbitkan pada Jan 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Watch.

Xiaomi Mi Watch hadir dengan muka jam bulat menggunakan skrin 1.39-inci AMOLED, sebuah butang yang didedikasikan pada bahagian tepi untuk mengakses mod sukan, serta pilihan lebih 117 mod untuk kecergasan.

Xiaomi turut mengatakan ia menyertakan sehingga enam sensor, serta sokongan GPS dalam memberikan data kecergasan – termasuk sensor untuk denyutan nadi, tahap oksigen dalam darah, dan juga tekanan udara.

Xiaomi Mi Watch ini dikatakan mampu bertahan penggunaan selama 16 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Mi Watch di Malaysia pada harga RM469 bermula 20 Januari ini di Lazada dan Shopee.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami