Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 dilancarkan pada penghujung tahun lepas, dan walaupun untuk pasaran tempatan, ia agak sukar untuk dibeli kerana ia sentiasa habis dijual, ataupun pengguna perlu membeli satu PC terus untuk mendapatkannya.

Terkini, NVIDIA telah melancarkan sebuah lagi kad grafik baru, iaitu NVIDIA GeForce GT 1010 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan grafik Pascal yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2016.
Cip pemprosesan grafik yang digunakan adalah GP108, cip pemprosesan grafik sama yang digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce GT 1030 dan NVIDIA GeForce MX untuk komputer riba.

Kad grafik ini, yang hadir dengan saiz kecil dicipta untuk komputer OEM yang hanya memerlukan sebuah kad grafik untuk digunakan sebagai cara untuk mengeluarkan output gmbar pada paparan skrin sekiranya CPU yang digunakan tidak mempunyai cip pemprosesan grafik terbina.
Menurut NVIDIA, ia akan digunakan untuk komputer-komputer riba dengan spesifikasi berkuasa rendah dan dengan harga mampu milik, mungkin untuk komputer-komputer riba yang digunakan secara biasa harian, ataupun untuk pembelajaran dari rumah buat anak-anak.