Cari @ Amanz

Jika sebelum ini, Vivo sedia hadir dengan siri Vivo X60 yang terdiri dengan dua model berbeza iaitu X60 dan X60 Pro. Kini, sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama bakal dilancarkan tidak lama lagi – iaitu Vivo X60 Pro+. Pelancaran rasmi peranti ini telah dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2021 menerusi sebuah acara yang bakal diadakan di China.

Sekian lama berteka-teki mengenai rekaan pada peranti, akhirnya ia kini diperlihatkan dengan lebih terperinci. Jelas kelihatan, susunan lensa kamera utama pada Vivo X60 Pro+ kelihatan sedikit berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain. Ia memperlihatkan sokongan kuad-kamera utama di belakang bersama dua sensor dengan saiz yang besar menjadi titik fokus pada modul kamera berkenaan. Seterusnya, kamera ini turut menggunakan lensa daripada Zeiss. Selain, terdapat juga sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang. Panel hadapan pula dilihat mempunyai paparan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto dengan lensa tunggal. 

Dalam pada itu, Vivo X60 Pro+ juga telah disahkan hadir dengan cip Snapdragon 888, dilengkapi pilihan memori sehingga 12GB serta storan sehingga 256GB dan dua pilihan warna berbeza. Seperti biasa, segala penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd