Cari @ Amanz

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, pengambilan kandungan digital meningkat mendadak dikalangan ramai pengguna. Selari dengannya, beberapa perkhidmatan menawarkan akses secara percuma kepada para pengguna.

Jikalau sebelum ini kita melihat Astro menawarkan akses percuma untuk beberapa saluran mereka, terbaru Unifi turut mengikut jejak.

Sehingga 1 Februari 2021 kelak, Unifi TV menawarkan akses percuma untuk beberapa saluran bagi semua pelanggan Unifi seluruh negara.

Akses percuma ini boleh dinikmati melalui aplikasi Unifi PlayTV dan juga kotak media yang disertakan untuk sejumlah pelanggan.

Pihak TM tidak menyenaraikan penuh saluran yang ditawarkan secara percuma ini. Antara yang diperlihatkan melalui poster adalah termasuk Unifi Sports, YuppTV, Cinema World, Boomerang, Nickleodeon, Tvn Movies, DreammWorks, BBC Earth dan beberapa yang lain.

Unifi turut mengatakan yang beberapa saluran tidak terlibat dalam promosi percuma ini, kebanyakkannya melibatkan saluran Fox, National Geographic Channel, SCM Legend HD, Baby TV, Sky News HD, dan juga France24.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd