Smartisan Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Jan 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jenama Smartisan mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia tetapi mereka pernah suatu ketika menyimpan impian untuk menandingi Apple dalam dunia peranti mudah alih. Tetapi selepas mengalami masalah kewangan ia telah diambil alih oleh Bytedance,. Tetapi menurut laporan media China, Smartisan kini telah keluar dari perniagaan telefon pintar.

Bytedance menutup perniagaan perkakasan telefon pintar Smartisan pada 13 Januari lalu. Bahagian kajian dan pembangunan Smartisan akan diserap masuk ke bahagian pendidikan Bytedance. Sebelum Smartisan ditutup, telefon pintar Jianguo Pro 3 telah dilancarkan dengan menggunakan jenama Bytedance.

Smartisan TikTok

Antara faktor penutupan perniagaan telefon pintar ialah jualan Smartisan yang semakin rendah dan kos menghasilkannya tinggi kerana tidak mampu bersaing dengan jenama lain dari China.

Bytedance akan menggunakan kepakaran tenaga kerja Smartisan yang diserap untuk menghasilkan lampu pintar untuk kegunaan di rumah. Penggunaan lampu pintar meningkat naik di China kerana wabak Covid-19 memaksa penutupan institusi pendidikan. Walaupun China kini kembali normal, pasaran peranti untuk pembelajaran tas talian dijangka meningkat dengan proses vaksinasi global hanya akan berakhir dalam masa lima tahun.

Tahun lalu Bytedance melancarkan Dali Smart Tutoring Lamp T5  yang merupakan lampu belajar pintar dengan tutor terbina. Beberapa lampu dan skrin terbina membolehkan pembelajaran atas talian dilakukan serta kanak-kanak dipantau ibu bapa menggunakan telefon pintar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami