Kerajaan India kini telah meminta pihak WhatsApp untuk menarik kembali perubahan pada polisi dan terma baru-baru ini.
Seperti ramai sedia maklum, perubahan polisi baru oleh WhatsApp ini menimbulkan pelbagai kerisauan oleh ramai berkenaan dengan privasi dan sebagainya.
Tetapi, bagi beberapa pengamal teknologi telah sedia menjangkakan perkara ini – sejak daripada pengambil-alihan WhatsApp oleh Facebook. Malah, pengumuman integrasi antara perkhidmatan permesejan sebelum ini sedia menandakan perkongsian beberapa data antara platform Facebook.
Kerajaan India meminta WhatsApp untuk menarik kembali perubahan terma yang dilakukan, dan mengatakan perubahan baharu ini tidak adil.
Buat masa ini, kerajaan India lebih kepada membuat permintaan sahaja, dan bukan arahan.
Sebelum ini, Mahkamah di India telah mengatakan yang mana menyertai WhatsApp adalah atas pilihan pengguna sendiri. Pengguna boleh memilih aplikasi lain sekiranya tidak bersetuju dengan terma yang ditawarkan.
Malah, Mahkamah berkenaan turut mengatakan perkhidmatan seperti Google Maps turut mengambil dan menyimpan data pengguna.