Cari @ Amanz

Permintaan untuk komputer tahun lalu meningkat sehingga pengeluar tidak memenuhi keperluan pasaran. Dengan semakin ramai terpaksa duduk di rumah, komputer riba yang berkuasa dan murah menjadi burun ramai. Di India, Xiaomi Mi Notebook 14 (IC) telah dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan berbanding model yang dilancarkan sebelum ini.

Ia dilengkapi skrin 14″ FHD dengan nisbah 16:9, dijana cip Intel Core i5 gen-10, pilihan GPU NVIDIA GeForce MX250 2GB/Intel UHD Graphics 620, memori 8GB RAM DDR4, storan sehingga 512GB SSD SATA 3 dan bateri 46Wh (33210 mAh). Menurut Xiaomi ini memberikan tempoh operasi sehingga 10 jam dengan sekali caj.

Terdapat sebuah kamera web HD, sokongan WiFi 802.11ac, 2x USB-A 3.1 Gen 1, 1X USB-A 2.0, HMDI, dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 10 Home. Di India Xiaomi Mi Notebook 14 (IC) ditawarkan pada harga di antara 43,99949,999 (~RM2436-RM2768) sebuah bergantung kepada konfigurasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd