Cari @ Amanz

Vivo merupakan salah satu jenama telefon pintar yang tidak asing lagi bagi ramai pengguna. Baru-baru ini, mereka turut telah memperluaskan penawaran untuk sebuah jam tangan pintar. Selain itu, kini Vivo turut sedang melihat untuk pengenalan sebuah tablet baru tidak lama lagi.

Ini sekaligus akan menjadikan tablet pertama daripada Vivo. Desas-desus mengatakan Vivo akan memperkenalkan tablet berkenaan pada pertengahan pertama 2021 ini – dan mungkin dapat melihatnya tidak lama lagi.

Seperti ramai sedia maklum, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang mula bekerja dan belajar dari rumah. Perkara ini sekaligus meningkatkan permintaan peranti dengan skrin besar seperti tablet.

Pengenalan tablet daripada Vivo – dan dilengkapi dengan pemasaran yang baik, semestinya akan membuatkan pengguna tercari dan membelinya.

Mengikut pendaftaran tanda dagang sebelum ini, Vivo turut dijangka memperkenalkan komputer riba tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd