Netflix Akan Memperkenalkan Ciri Memain Video Secara Rawak Menggunakan Algoritma Terbina

Diterbitkan pada Jan 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila menonton filem ataupun siri televisyen di Netflix, salah satu isu bagi saya ialah pilihan yang terlalu banyak sehingga saya tidak tahu apa yang mahu ditonton.

Kita sedia maklum bahawa Netflix mempunyai algoritma yang mengesyorkan filem ataupun siri televisyen apa yang kita mungkin lebih cenderung untuk menonton, tetapi mereka nampaknya akan memperkenalkan satu lagi ciri baru yang mungkin akan dinamakan Shuffle Play.

Dengan ciri Shuffle Play ini, Netflix akan menggunakan algoritma terbina untuk memainkan filem ataupun siri televisyen secara automatik tanpa perlu menunggu input pengguna.

Netflix akan memainkan video berdasarkan senarai video anda, sejarah video dan mungkin juga akan memainkan video yang tidah habis ditonton sebelum ini.

Ciri tersebut, yang akan diperkenalkan secara global menjelang suku pertama tahun ini, akan hadir melalui sebuah butang Shuffle Play yang besar pada home screen anda, dimana dengan menekannya, ia akan memainkan sebuah video secara rawak menggunakan algoritma sedia ada.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami