Malwarebytes Turut Menjadi Mangsa Serangan Siber

Malwarebytes Turut Menjadi Mangsa Serangan Siber

Diterbitkan pada Jan 20, 2021 oleh .

Malwarebytes merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan perlindungan daripada serangan perisian hasad (malware) dan beberapa yang lain. Apa pun, syarikat mereka turut tidak terlepas daripada menjadi serangan siber.

Terbaru, pihak Malwarebytes mengatakan firma mereka turut menjadi sasaran SolarWinds – yang sebelum ini telah memberikan kesan terhadap kerajaan Amerika, Microsoft dan beberapa yang lain.

Malwarebytes mengatakan serangan dilihat dilakukan melalui perkhidmatan seperti Microsoft Office 365 dan juga Azure. Kesan daripadanya, pengodam berjaya mendapat akses kepada sebuah set kecil emel dalaman syarikat.

Apa pun, pihak Malwarebytes mengatakan mereka tidak menemui sebarang kesan pencerobohan kepada sistem utama.

Malwarebytes juga telah membuat analisa pada kod sumber, dan juga perisian mereka dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku.

Pihak Malwarebytes mengesahkan perisian mereka masih kekal selamat untuk digunakan, dan tidak terkesan dengan serangan siber terhadap mereka.


Paling Popular