Cari @ Amanz

Wattpad ialah sebuah platform penceritaan teks dengan jumlah pembaca yang cukup ramai sekali di seluruh dunia. Terkini, ia dilaporkan bahawa Naver, syarikat platform digital terkemuka dari Korea Selatan akan membelinya untuk $600 juta (~RM2.4 bilion).

Pengambil-alihan tersebut dilaporkan akan disahkan tidak lama lagi, tetapi menurut beberapa laporan, menerusi pembelian ini, Naver akan menyatukan beberapa bahagian Wattpad dengan platform penceritaan mereka sendiri, iaitu Webtoon.

Walaupun begitu, pengambil-alihan ini tidak bermakna bahawa Wattpad akan diserap terus kepada Webtoon. Wattpad masih lagi akan beroperasi seperti biasa, dan masih akan berada dibawah penyeliaan pengasas-pengasas syarikat tersebut, Allen Lau dan Ivan Yuen.

Ia dikatakan bahawa Naver ingin meningkatkan jumlah pembaca Webtoon dari 67 juta pembaca sebulan ke jumlah yang lebih tinggi, dan pengambil-alihan Wattpad dijangka akan memudahkan proses globalisasi platform mereka sendiri.

Wattpad dilaporkan mempunyai sekitar 90 juta pembaca setiap bulan, dan digabungkan dengan jumlah pembaca dan kandungan Webtoon sedia ada, ini boleh menjadikan kedua-dua platform ini sebagai platform penerbitan kandungan fiksyen terbesar di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd