Cari @ Amanz

AirPods Max ialah produk yang unik di pasaran kerana ia tidak dilengkapi butang kuasa. Ia tidak boleh dimatikan sebaliknya sentiasa dalam mod mencari peranti untuk ditambat bagi memberikan pengalaman audio yang lebih pantas apabila ingin digunakan. Tetapi pemilik awal AirPods Max mula melaporkan masalah bateri yang habis terlalu pantas.

Menurut laporan MacRumors, pengguna mengalami masalah yang turun dari 85% ke 5% selepas disimpan semalaman dalam bekas simpanan khasnya. Dalam kes yang paling baik sekalipun, bateri boleh berkurangan di antara 10-27% semasa disimpan.

Sepatutnya AirPods Max akan memasuki mod penjimatan bateri sejurus selepas dimasukkan sebelum berubah ke mod Ultra Low selepas 18 jam bagi mengurangkan lagi penggunaan bateri. Pepijat ini menyebabkan fon kepala masih ditambat kepada peranti dan bateri akan habis dengan lebih pantas. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd