Google Chrome 88 Kini Sedia Dimuat-Turun – Menamatkan Sokongan Flash Player Dan FTP

Google Chrome 88 Kini Sedia Dimuat-Turun – Menamatkan Sokongan Flash Player Dan FTP

Diterbitkan pada Jan 20, 2021 oleh .

Google kini telah mula menawarkan kemaskini pelayar web terbaru mereka, Chrome 88. Melaluinya, ia menawarkan beberapa perubahan dan menambah-baik lagi sokongan sekuriti pada pelayar web berkenaan.

Yang pertama, Google kini telah membuang sepenuhnya ciri Flash Player pada pelayar web berkenaan. Ia selari dengan penamatan sokongan Flash Player oleh Adobe, sekaligus tidak boleh  lagi menjalankan sebarang kandungan Flash pada Chrome.

Disamping itu, Chrome juga kini telah membuang sokongan FTP pada pelayar mereka yang biasanya boleh diakses dengan menail ftp://. Ia dibuang kerana sangat kurang digunakan, dan kerana kurang selamat dan tidak melalui penyulitan.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan mmemastikan anda terus menggunakan versi terbaru pelayar web.


Paling Popular