Tencent Dan Geely Bekerjasama Untuk Pembangunan Teknologi Swapandu

Tencent Dan Geely Bekerjasama Untuk Pembangunan Teknologi Swapandu

Diterbitkan pada Jan 20, 2021 oleh .

Geely merupakan salah satu syarikat automotif yang popular, dan mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat pengeluar kenderaan – termasuk Proton. Kini, Geely turut mengumumkan kerjasama dengan gergasi internet China, Tencent.

Melalui kerjasama kedua-dua syarikat ini, mereka akan memfokuskan untuk mendigitalkan pelbagai perkara dalam kenderaan, termasuk pembangunan pemanduan swapandu, dan juga pembangunan rendah karbon pada kenderaan.

Geely sendiri agak aktif dalam mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi pada tahun ini.

Sebelum ini, Geely telah mengumumkan kerjasama dengan Baidu dalam menghasilkan syarikat elektrik, selain bersama Foxconn untuk pengeluaran automotif


Paling Popular