Kia, salah satu anak syarikat Hyundai, kini mengatakan mereka sedang melihat dan mempertimbangkan kerjasama dalam pembangunan kereta swapandu dengan beberapa firma antarabangsa.
Komen pihak Kia ini hadir lanjutan laporan awal pagi ini mengatakan Kia mungkin akan menguruskan projek melibatkan kenderaan Apple.
Sebelum ini, Kia sedia mengatakan akan hadir dengan kereta elektrik tersendiri, dan menyasarkan pengenalan sehingga 7 model kereta elektrik dalam beberapa tahun ini.
Pada masa yang sama, selain pengeluaran kenderaan, Kia juga mengatakan sebelum ini mereka sedang membangunkan penyelesaian mobiliti yang lestari dibawah syarikat mereka.
Hyundai, telah mengatakan mereka dala perbincangan bersama pihak Apple berkenaan dengan projek kereta Apple – dan laporan lanjutan sebelum ini mengatakan ia akan diuruskan oleh Kia.