Cari @ Amanz

Google Duo adalah aplikasi panggilan video dari Google, yang mana sangat ringkas, mudah digunakan dan mampat dengan ciri dan fungsi. Populariti Google Duo ini agak hebat sehinggakan menjadi aplikasi panggilan video lalai untuk beberapa peranti Android seperti OnePlus dan Samsung.

Samsung adalah antara syarikat kedua yang sangat rapat dengan Google. Sejak kebelakangan ini, banyak fungsi dan ciri ekslusif pada peranti Pixel hadir kepada peranti Samsung terlebih dahulu sebeum diedarkan kepada lebih banyak peranti Android. Terkini, fungsi auto-framing Google Duo yang sedia eksklusif pada peranti Pixel – kini disokong oleh peranti Samsung. Buat masa ini, ia eksklusif kepada Galaxy S21 terlebih dahulu.

Fungsi auto-framing ini membolehkan subjek atau pengguna Google Duo sentiasa berada di tengah-tengah bingkai dan fokus. Ia tidak bergegar, lari fokus dan sebagainya. Jika anda adalah pengguna tegar Google Duo, siri Galaxy S21 adalah peranti terbaik anda boleh miliki – jika Pixel sukar didapati di pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd