Carian
MediaTek Dimensity 1100 Dan Dimensity 1200 Dilancarkan – Cip 5G Berteknologi 6nm
January 20, 2021 Amy Maizuraa

Selepas Qualcomm, kini MediaTek pula dilihat hadir dengan penawaran dua cip pemproses baharu menerusi pengenalan MediaTek Dimensity 1100 dan MediaTek Dimensity 1200. Kedua-duanya dihasilkan menggunakan teknologi 6nm dan sokongan 5G terbina.

Untuk spesifikasi, Dimensity 1100 hadir dengan gabungan 4X CPU Cortex-A78 pada kelajuan 2.6GHz dan 4X CPU Cortex-A55 pada kelajuan 2.0GHz. GPU yang digunakan pula adalah Mali-G77 MC9. Selain, menyokong memori yang terhad pada LPDDR4x dan storan berasaskan UFS 3.1.

Spesifikasi lain termasuk – sokongan skrin FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, sokongan sistem kamera sehingga 108-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 32-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video sehingga 4K 60FPS. Untuk rangkaian, ia hadir dengan Wi-Fi 6 (a/b/g/n/ac/ax), Bluetooth 5.2 dan banyak lagi.

Untuk MediaTek Dimensity 1200 pula, lapan teras digunakan dengan konfigurasi 1+3+4. Ia terdiri daripada 1X Cortex A78 (3.0GHz), 3X Cortex-A78 (2.6GHz) dan 4X Cortex-A55 (2.0GHz). Kemudian, GPU yang digunakan masih sama iaitu Mali-G77 MC9. Selain, turut menyokong memori terhad pada LPDDR4x dan storan berasaskan UFS 3.1.

Spesifikasi lain termasuk – sokongan skrin FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 168Hz, sokongan sistem kamera sehingga 200-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 32-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video sehingga 4K 60FPS. Untuk rangkaian, ia hadir dengan Wi-Fi 6 (a/b/g/n/ac/ax), Bluetooth 5.2 dan sebagainya.

Komen