AirPods Max ditawarkan di Malaysia pada harga RM2399 sepasang menjadikannya antara fon kepala termahal di pasaran. Pada harga yang agak mahal ini, ramai pengulas awal memuji rekaan pad telinga yang boleh diganti tetapi risau dengan bahagian angkup kepala (head band) yang mungkin rosak kerana bahan fabrik serta tempat simpanan yang tidak melindunginya.
Laman iFixit telah menerbitkan artikel bagaimana pengguna boleh membaiki sendiri AirPods Max. Mereka menyedari bahagian angkup kepala ini dengan mudah boleh ditanggalkan menggunakan pin talam SIM. Tekan sahaja pin ke dalam lubang kecil dan angkup akan tertanggal.

Oleh sebab itu wujud spekulasi Apple kelak akan menawarkan angkup kepada gantian atau rekaan berbeza di masa akan datang. Pemilik AirPods Pro dapat mengubah angkup yang lebih selesa untuk bersukan atau dari bahan kulit yang lebih tahan lasak di masa akan datang.
Kod dalam iOS 14.4 juga memberikan petunjuk Apple pernah bercadang untuk sistem operasi mengesan jenis angkup kepada yang digunakan pada AirPods Max. Ini satu lagi petanda ramalan ini mungkin akan menjadi kenyataan di masa akan datang.