LG Mempertimbangkan Untuk Keluar Daripada Perniagaan Telefon Pintar
LG

LG Mempertimbangkan Untuk Keluar Daripada Perniagaan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Jan 20, 2021 oleh .

LG kini dilihat sedang melihat kepada beberapa pilihan dalam perniagaan telefon pintar – termasuk untuk berhenti dan keluar daripada perniagaan tersebut sepenuhnya.

Seperti ramai sedia maklum, LG menghadapi masalah dengan perniagaan telefon pintar mereka. Pada suatu ketika dahulu, LG menduduki tangga ketiga sebagai pengeluar global telefon pintar, tetapi kini ketinggalan jauh dibelakang.

Salah satu faktornya adalah termasuk lambakkan jenama dari China yang menawarkan peranti pada harga kompeetitif, selain pihak LG sendiri yang kurang memasarkan produk mereka.

LG kini dilaporkan sedang melihat untuk mengecilkan bahagian telefon pintar, atau mungkin menjual bahagian telefon pintar mereka, atau keluar terus daripada perniagaan berkenaan.

LG sebelum ini pernah hadir dengan beberapa pembaharuan seperti telefon dengan skrin boleh-putar, selain peranti berbentuk modular. Untuk tahun 2021 ini juga, LG sedia mengacah pengenalan telefon dengan skrin boleh-gulung – tetapi kini tidak diketahui akan diperkenalkan atau tidak.


Paling Popular