BlackBerry Dan Facebook Menyelesaikan Pertelingkahan Paten

Diterbitkan pada Jan 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada 2018 yang lepas, kita telah melihat BlackBerry menyaman pihak Facebook kerana melanggar paten teknologi permesejan. Pada tahun sama, Facebook turut menyaman BlackBerry kerana melanggar paten teknologi permesejan suara.

Apa pun, kini, BlackBerry dan Facebook dilihat telah menyelesaikan pertelingkahan paten berkenaan. Kedua-dua pihak dilihat telah menemui titik tengah, dan menyelesaikan permasalahan berkenaan.

Kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen lanjutan berkaitan hal ini.

Selain itu, baru-baru ini, BlackBerry turut telah menjual sekitar 90 paten kepada pihak  Huawei.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami