Cari @ Amanz

Opera sebelum ini sedia memperkenalkan pelayar web memfokuskan kepada permainan video, dinamakan Opera GX. Pelayar web tersebut sendiri kini mempunyai sekitar 7 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Dengan perkembangan positif ini, kini Opera turut mengambil-alih sebuah syarikat pembangun permainan, iaitu YoYo Games, dan selari dengannya turut menubuhkan bahagian permainan video dibawah mereka, Opera Gaming.

YoYo Games menawarkan kemudahan untuk membangunkan permainan video tersendiri. Salah satu penawaran dibawah mereka adalah GameMaker Studio 2, serta mempunyai sekitar 400,000 pengguna baharu pada 2020 yang lepas.

Dengan YoYo Games, ia memudahkan lagi proses pembangunan permainan video berbanding kebiasaan.

Dengan pengambil-alihan ini, Opera Gaming ditubuhkan, dan akan memfokuskan kepada inovasi pada arena pembangunan permainan, dan juga pelayaran yang lebih baik.

Memandangkan komuniti permainan video sangat aktif akhir-akhir ini, tidak mustahil kita melihat Opera Gaming terus menerajui arena berkenaan dalam tahun-tahun akan datang, dan memudahkan lagi penghasilan permainan video oleh orang ramai seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd