Realme Watch S Pro Kini Di Malaysia – Dijual Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengguna di Malaysia kini menerima satu lagi pilihan lain untuk segmen perati boleh-pakai daripada Realme. Jenama ini baru sahaja memperkenalkan Realme Wacth S Pro secara rasmi, sebentar tadi. Ia merupakan kesinambungan daripada Realme Watch S sebelum ini.

Bagi yang berminat, Realme Watch S Pro dijual pada harga RM599 untuk seutas. Jualan pertama secara luar talian akan bermula pada 30 Januari 2021 menerusi kedai rasmi atau pengedar sah Realme di seluruh Malaysia. Sementara, jualan secara atas talian pula bermula 4 Februari kelak menerusi Lazada dan Shopee.

Realme Watch S Pro dilengkapi skrin bersaiz 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 X 454. Seterusnya, ia turut dilengkapi sokongan perlindungan kalis air 50 meter, 15 mod sukan dan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan seperti pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung serta banyak lagi.

Berbeza dengan Realme Watch S, versi Pro hadir dengan tambahan mod berenang khusus yang membolehkan ia dibawa mandi dan berenang. Spesifikasi lain termasuk – bateri 420mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari, pilihan tali jam lebih pelbagai, GPS, kawalan untuk muzik serta kamera, pemberitahuan panggilan serta mesej dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami