Berhati-Hati Dengan Penipuan Melalui Akaun WhatsApp – Pencuri Mengambil-Alih Akses Ke Akaun WhatsApp Anda

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengingatkan pengguna supaya berhati-hati dengan penipuan melalui WhatsApp baru – dimana pencuri mengambil-alih akaun WhatsApp milik pengguna.

Melalui kaedah penipuan baharu, penipu berkenaan akan memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

Seperti ramai sedia maklum, apabila anda log masuk ke akaun WhatsApp pada telefon pintar, anda akan diminta membuat pengesahan dengan memasukkan kod yang diterima melalui SMS yang khusus untuk sesuatu nombor telefon.

Menurut SKMM, penipu atau pengodam kebiasaannya akan menyamar sebagai rakan menggunakan akaun WhatsApp yang telah berjaya dicuri sebelum ini, dan  seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit pertama.

Terdapat juga kejadian dimana penipu sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan. Penipu berkenaan kemudiannya melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod berkenaan.

Pihak SKMM meminta pengguna supaya berhati-hati, dan tidak menyerahkan kod pengesahan 6-digit daripada WhatsApp kepada sesiapa jua.

Anda juga boleh membuat perlindungan tambahan dengan mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor. Ia boleh dilakukan dengan ke halaman Settings > Account > Two-step Verification > Enable.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami