Cari @ Amanz

Sony Xperia tidak dinafikan adalah peranti yang baik dengan kemampuan kamera manual yang baik serta skrin yang sangat cantik. Tetapi harga jualan agak mahal dan apabila ia tiba ke pasaran tempatan, ketika itu sudah ada lebih banyak peranti baru yang jauh lebih berbaloi dan hebat untuk dimiliki.

Tetapi Sony tidak mengalah dan tetap teruskan melancarkan peranti-peranti Xperia. Terkini, imej pengolokan peranti kelas pertengahan Sony Xperia 10 III telah tertiris. Ia dilihat menggunakan rekaan yang lebih kurang sama, segi empat, skrin rata serta dagu dan dahi yang tebal. Skrin adalah 6.0-inci, pembesar suara stereo di hadapan, tri-kamera 12+8+8 Megapixel dan kamera swafoto 8MP.

Port bicu audio 3.5mm masih dikekalkan untuk tahun 2021, butang kuasa juga mempunyai pengimbas cap jari terbina. Tetapi butiran mengenai cip pemprosesan masih tidak diketahui. Ia mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 6xx atau 7xx yang terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd