Hobi membangunkan komputer gaming dan membeli kasut hype bukanlah sesuatu yang dikatakan berbeza dunianya. Syarikat-syarikat seperti Nike dan Sony pernah berkolaborasi untuk mencipta kasut PlayStation edisi terhad, dan kini, tiba giliran NZXT dan RTFKT pula.

RTFKT sebelum ini telah mengacahkan kolaborasi ini, dan kini kasut tersebut, yang dilihat seperti sebuah komputer yang berbentuk sebuah kasut telahpun dilihat secara rasmi.
Ia dilihat hadir dengan paparan digital di bahagian atas yang kelihatan seperti sebuah penyejuk cecair CPU, dengan sebuah lagi paparan di bahagian tepi yang memperlihatkan papan induk, manakala tapaknya hadir dengan rekaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080.
Buat masa ini, tidak banyak butiran yang diketahui mengenai kolaborasi ini, samada pihak RTFKT ataupun NZXT akan menjual kasut ini, ataupun ia hanyalah kolaborasi one-off untuk memperlihatkan apa yang mungkin diantara kedua-dua jenama ini.