Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S21 adalah siri peranti mercu Samsung tahun ini yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 (pasaran luar) dan Exynos 2100 (pasaran tempatan), hadir dengan rekaan Contour Cut Design, skrin yang lebih rata, sokongan kadar segar semula 120Hz adaptif dan banyak lagi. Model yang paling premium adalah Galaxy S21 Ultra yang mana mempunyai kamera 108MP generasi kedua Samsung serta mempunyai bateri 5000mAh.

Tetapi tahukah anda yang kamera Galaxy S21 Ultra tidak cukup berkuasa seperti Galaxy S21 dan Galaxy S21+? Samsung Galaxy S21 Ultra tidak boleh merakam video gerak perlahan 960fps secara natif. Ia hanya boleh merakam pada kadar 480fps dan menggunakan perisian untuk menjadi rakaman 960fps. Tetapi Galaxy S21 dan galaxy S21+ boleh merakam pada mod ini tanpa sebarang masalah.

Menurut Samsung, ini kerana Galaxy S21 Ultra menggunakan sensor ISOCELL HM3 108MP untuk kamera utama – yang mana mempunyai kelajuan pengatup yang lebih perlahan dari sensor 12MP pada S21 dan S21+. Jadi, jika anda pentingkan rakaman gerak perlahan – S21 dan S21+ adalah peranti untuk anda bukannya S21 Ultra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd