Data 1.9 Juta Pengguna Pixlr Tertiris Selepas Laman Digodam

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pixlr ialah laman yang membolehkan gambar disunting menggunakan aplikasi laman web. Suntingan asas seakan Photoshop boleh dilakukan menerusi perkhidmatan yang ditawarkan. Sekiranya anda pernah menggunakan Pixlr, anda perlu mengubah kata laluan dengan segera kerana data lebih 1.9 juta pengguna telahpun tertiris ke arena web.

Pangkalan data 1,921,141 pengguna telah digodam oleh ShinyHunters dan dikongsi ke atas talian secara percuma. Sebelum ini ShinyHunters adalah penggodam yang bertanggungjawab meniriskan data pengguna laman Tokopedia dan Wattpad. Antara data yang berjaya dicuri ialah emel, nama akaun, kata laluan yang telah disulitkan dan negara asal usul.

Pihak Pixlr masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai data yang berjaya digodam. Sekali lagi kepada pengguna Pixlr sila ubah kata laluan anda dengan segera.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami