SpaceX Membeli Dua Pelantar Minyak Untuk Diubahsuai Menjadi Tapak Pelancaran Ekspedisi Ke Marikh

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

SpaceX, syarikat eksplorasi angkasa lepas milik Elon Musk mempunyai cita-cita agung untuk menjadi syarikat pertama yang menghantar manusia ke planet Marikh.

Untuk tujuan itu, selain daripada pelbagai eksperimen pelepasan ke angkasa lepas, SpaceX juga baru-baru ini dilaporkan telah membeli dua pelantar minyak untuk diubahsuai menjadi tapak pelancaran ekspedisi mereka ke bulan, Marikh dan juga penerbangan hypersonic ke seluruh dunia.

Pelantar-pelantar minyak ini, yang akan dinamakan Phobos dan Deimos, iaitu nama dua bulan planet Marikh sedang menjalani proses pengubahsuaian di Pelabuhan Brownsville, berdekatan dengan kilang SpaceX di Texas.

Pelantar-pelantar minyak digunakan untuk tujuan ini, kebarangkalian kerana ia dijangka ekspedisi dan penerbangan ini akan dijalankan secara kerap dan sukar untuk dilakukan di darat tanpa mengacau persekitaran sejauh beberapa kilometer setiap kali sebuah roket dilancarkan.

Sebelum ini, SpaceX turut bereksperimen dengan penggunaan dron untuk menangkap booster roket yang digunakan untuk membantu kapal melepasi lapisan atmosfera bumi.

Elon Musk berharap bahawa SpaceX boleh mula menghantar sekumpulan manusia pertama dalam sebuah ekspedisi ke planet Marikh menjelang tahun 2024 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami