Pelan U Mobile Untuk Pelajar SPM Dan STPM Kini Turut Ditawarkan Kepada Pelajar IPT

Pelan U Mobile Untuk Pelajar SPM Dan STPM Kini Turut Ditawarkan Kepada Pelajar IPT

Diterbitkan pada Jan 21, 2021 oleh .

Awal bulan lalu U Mobile menawarkan pelan khusus untuk pelajar SPM dan STPM. Menerusinya pelan data 15GB boleh dilanggan pada harga RM20 sebulan. Hanya individu yang lahir di antara 2001 dan 2004 dibenarkan melanggan.

Hari ini U Mobile mengumumkan pelan yang sama kini ditawarkan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), Untuk layak, pengguna perlu dilahirkan di antara tahun 1999 dan 2004. Data yang diberikan boleh digunakan tanpa halangan seperti menstrim video, muzik, laman web, aplikasi, media sosial dan banyak lagi. Kepada yang ingin melanggan ia boleh dilakukan menerusi aplikasi MyUMobile atau mendail nombor *118*3*12#.


Paling Popular