Samsung Kini Mengeluarkan Panel OLED 90Hz Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Display kini mengumumkan mereka akan memulakan pengeluaran panel skrin komputer riba pada kadar segar semula 90Hz bermula suku pertaa 2021 ini. 

Seperti ramai sedia maklum, kebanyakkan komputer riba di pasaran pada hari ini menggunakan panel pada kadar segar semula 60Hz. Dengan meningkatkan pada kadar 90Hz berasaskan OLED, ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih  menarik, pewarnaan yang  cantik, selain visual yang lebih lancar.

Apa pun, secara tidak langsung, untuk menggunakan panel ini, ia mungkin akan memerlukan pengguna membeli komputer riba dengan spesifikasi sedikit tinggi.

Panel yang dikeluarkan ini bersaiz 14-inci, dan kita akan melihat ia digunakan pada komputer riba bermula seawal Mac kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami