Amazon Ingin Membantu Kerajaan Amerika Merealisasikan Imunisasi 100 Juta Rakyat Dalam 100 Hari

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amerika Syarikat merupakan diantara negara-negara dengan jumlah jangkitan dan kematian akibat wabak COVID-19. Joe Biden, presiden ke-46 negara tersebut mengatakan bahawa diantara pelan awal beliau sebagai presiden ialah untuk memastikan bahawa seramai 100 juta rakyat Amerika menerima suntikan imunisasi dalam masa 100 hari.

Terkini, Amazon, syarikat teknologi logistik terbesar di dunia menyatakan hasrat mereka untuk membantu presiden tersebut merealisasikan cita-cita tersebut.

Dave Clark, ketua operasi global Amazon turut mengatakan bahawa syarikat tersebut sudahpun mempunyai perjanjian dengan syarikat pembekal kesihatan untuk mengagihkan vaksin-vaksin di lokasi-lokasi Amazon sendiri, dan apa yang diperlukan hanyalah bekalan vaksin COVID-19.

Beliau turut mengatakan Amazon boleh menggunakan bahagian komunikasi mereka untuk menyebarkan mesej bahawa orang ramai boleh menerima vaksin tersebut dan secara langsung mempercepatkan proses vaksinasi.

Amazon, yang mempunyai gedung barangan, kedai-kedai Amazon dan Whole Foods di seluruh Amerika mengatakan bahawa syarikat tersebut bersedia untuk menggunakan fasiliti-fasiliti mereka sedia ada untuk menawarkan suntikan tersebut jika dipersetujui oleh pihak kerajaan.

Buat masa ini, ia masih belum diketahui lagi jika kerajaan Amerika telah menerima tawaran ini ataupun tidak, tetapi kami menjangkakan jika Presiden Joe Biden ingin merealisasikan janji beliau, mereka akan segera cuba untuk mempercepatkan proses ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami