Dianggarkan Wang Kripto Bernilai RM40 Bilion Digunakan Untuk Aktiviti Jenayah

Dianggarkan Wang Kripto Bernilai RM40 Bilion Digunakan Untuk Aktiviti Jenayah

Diterbitkan pada Jan 21, 2021 oleh .

Nilai wang kripto Bitcoin meningkat lebih 100% pada pertengahan bulan ini. Ini mengakibatkan ramai yang berpusu-pusu melombong wang kripto untuk tidak mah ketinggalan mengaut keuntungan. Apa yang kerap didengari ialah wang kripto menjadi mata wang pilihan penjenayah kerana pemindahan dana secara awanama. Tetapi adalah ini benar?

Menurut Chainalysis 2021 Crypto Crime Report yang diterbitkan minggu ini, $10 bilion (~RM40.32 bilion) dalam wang kripto digunakan untuk aktiviti jenayah pada tahun 2020. Nilai yang kelihatan agak tinggi tetapi sebenarnya lebih rendah berbanding $21.4 bilion (~RM86.3 bilion) pada tahun 2019. Ini bermakna hanya 0.34% wang kripto sepanjang 2020 adalah untuk aktiviti jenayah.

Dari nilai $10 bilion ini, kebanyakannya digunakan untuk penipuan atas talian seperti pembelian token wang kripto palsu. Kegunaan kedua terbesar ialah pembelian menerusi laman sesawang gelap dan di tangga ketiga pula ialah transaksi perisian tebusan. Jadi adalah benar wang kripto digunakan oleh penjenayah? Jawapan ya tetapi peratusannya lebih kurang sama sahaja dengan pengguna wang fiat.


Paling Popular