Panasonic Hadir Dengan Bekas Untuk Membawa Vaksin Covid-19 Pada Kadar Kesejukkan Ultra

Panasonic Hadir Dengan Bekas Untuk Membawa Vaksin Covid-19 Pada Kadar Kesejukkan Ultra

Diterbitkan pada Jan 21, 2021 oleh .

Pada tahun 2021 ini, salah satu perkara yang menjadi fokus ramai pihak adalah berkenaan dengan vaksin Covid-19. Salah satu cabaran dalam membawa ia dan menghantarnya ke pelbagai lokasi adalah untuk mengekalkan beberapa jenis vaksin pada kadar kesejukkan sekitar -70 darjah Celsius.

Kini, dalam memudahkan perkara berkenaan, Panasonic hadir dengan bekas yang boleh digunakan untuk menghantar vaksin pada kadar kesejukkan yang ditetapkan, untuk tempoh sehingga 18 hari.

Panasonic mengatakan mereka menyelesaikan masalah udara sejuk keluar daripada kotak dengan menggunakan acuan berbentuk kotak – sekaligus mengelak sambungan bucu yang sering mengakibatkan udara keluar. Disamping itu, ia turut diliputi lapisan uretana dan juga serat kaca sebagai penebat haba.

Panasonic menyasarkan untuk menawarkan sampel kotak berkenaan kepada syarikat logistik dan farmasi menjelang penghujung Mac 2021 ini. Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat ia dikomersilkan secepat mungkin selepas itu.

Buat masa ini, salah satu vaksin yang perlu disimpan pada kadar kesejukkan yang sangat rendah adalah Pfizer. Vaksin berkenaan akan digunakan di sejumlah negara, termasuk Malaysia.


Paling Popular