Perayaan Tahun Baru China 2021 jatuh dalam tahun lembu. Seperti tradisi tahun-tahun sebelumnya, pelbagai peranti dan aksesori edisi khas dilancarkan untuk memperingatinya. Hari ini Kingston 2021 Mini Cow USB Flash Drive telah dilancarkan dengan rekaan yang cukup comel.

Ia kelihatan seperti lembu dengan bahagian hidung boleh ditanggalkan untuk disambung pada komputer riba untuk pemindahan data. Storan sebesar 64GB sahaja ditawarkan dengan sambungan USB-A 3.2 Gen 1.
Terdapat penyangkut yang membolehkannya disambungkan kepada kunci bagi memudahkan ia dibawa kemana-mana. Kingston 2021 Mini Cow USB Flash Drive dijual di Malaysia pada harga RM89 sebuah bermula esok. Dengan setiap pembelian anda akan menerima sebuah pemacu USB dengan tempat simpanan berbentuk sebuah botol susu.