Cari @ Amanz

Mozilla sedia menawarkan pelayar web mudah-alih Firefox untuk Android sekian lama. Terbaru, melalui kemaskini Firefox 85 untuk Android, Mozilla turut membawa salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu kemudahan untuk memasang pemalam terus daripada laman AMO.

Dengan langkah ini, pengguna hanya perlu ke laman AMO, dan memilih memasang pemalam terus pada Firefox untuk Android. Ciri ini akan diaktifkan bermula 25 Januari akan datang.

Buat masa ini, pengguna masih perlu memasangnya secara manual – dan langkah pemasangan terus daripada laman AMO akan memudahkan bagi orang ramai.

Apa pun, hendaklah dimaklumkan yang mana sokongan pemalam untuk Firefox di Android masih terhad sehingga ke hari ini. Tetapi, pengenalan ini mungkin akan mempopularkan lagi ciri ini pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd