Subaru Mendapatkan Pegangan Sebanyak 0.3% Pada Toyota – Akan Membangunkan Teknologi Baru
Aman
Subaru kini mengumumkan mereka telah mendapatkan pegangan sebanyak 0.3% pada Toyota Motor Group. Pegangan pada syarikat ini hadir lanjutan daripada kerjasama antara kedua-dua syarikat sebelum ini dalam usaha membantunkan teknologi swapandu dan kenderaan elektrik.
Sebelum ini, pada 2019 yang lepas, kedua-dua syarikat telah mengumumkan kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik – dan akan menggunakan teknologi berkenaan dibawah jenama masing-masing.
Selain Subaru, sebelum ini Toyota telah meningkatkan pegangan mereka pada Subaru kepada 20% pada tahun lepas.
Kita mungkin mendengar kerjasama dan perkongsian perkembangan lanjut oleh kedua-dua syarikat dalam bulan-bulan akan datang.
Selain Subaru, Toyota turut mempunyai pegangan pada beberapa syarikat lain berdasarkan kepada kerjasama mereka. Sebelum ini, Toyota turut pernah mempunyai pegangan pada Tesla.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.