Cari @ Amanz

Alphabet, syarikat induk disebalik Google kini mengumumkan mereka akan membatalkan projek Loon yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun lepas, dan telah melakukan beberapa eksperimen dibeberapa lokasi.

Projek Loon sebelum ini dibangunkan dala menggunakan belon udara untuk memancar internet ke muka bumi. Ia ditujukan untuk kawasan pedalaman yang sukar menerima akses internet – sama ada melalui jalur lebar mudah-alih atau berwayar.

Projek yang dimulakan pada 2013 yang lepas ini, dilihat menghadapi cabaran dalam menjana wang, dan menggunakan kos operasi yang tinggi buat masa ini.

Selain Google, beberapa syarikat lain turut sedang membangunkan projek untuk memancar internet ke muka bumi, tetapi melalui penggunaan beberapa medium lain – termasuk satelit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd