Cari @ Amanz

Adakah anda peminat peranti Samsung Galaxy Note seperti saya? Sekiranya berita pagi ini pastinya akan mengecewakan. Semalam ciapan dari Ice Universe dan @DSCCRoss seakan mengesahkan tiada Samsung Galaxy Note21 akan dilancarkan tahun ini.

Kedua-dua akaun ini mempunyai rekod yang baik dalam meniriskan maklumat lebih awal sebelum pengesahan rasmi. Ice Universe sekadar memuat naik imej The End untuk Galaxy Note pada ciapan beliau. Tetapi tidak semuanya berita mengenai Note adalah suram. @DSCCRoss berkata walaupun tiada Note21 tahun ini, Samsung mungkin melancarkan Note20 FE sebagai lambaian terakhir siri yang telah dipasarkan sejak 2011.

Penghentian siri Galaxy Note telah mula didengari sejak dua tahun lalu. Dengan Samsung Galaxy S21 Ultra menyokong S Pen dan ura-ura Galaxy Z Fold3 akan hadir dengan cir yang sama, liang lahad Galaxy Note telahpun mula digali. Sebagai peminat tegar, saya faham mengapa ia berlaku tetapi tidak bermaksud saya redha.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd