Cari @ Amanz

Google kini mengumumkan  yang mana Google Classroom sedang menghadapi masalah teknikal yang membawa kepada gangguan sementara perkhidmatan berkenaan.

Google Classroom merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran – terutamanya ketika era norma baharu kini.

Menurut Google, mereka sedang menyiasaran dan akan menawarkan kemaskini berkaitan masalah ini dalam masa terdekat ini. Antara masalah dihadapi adalah kesukaran mengakses Google Classroom, melihat mesej amaran, serta lengah masa tinggi dalam mengakses perkhidmatan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd