Cari @ Amanz

Honor hari ini telah memperkenalkan telefon pintar pertama mereka selepas berpisah daripada Huawei dan beroperasi sebagai sebuah syarikat kendiri. Produk pertama yang diperkenalkan ini adalah Honor V40.

Honor V40 hadir dengan skrin 6.72-inci pada kadar segar semula sehingga 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1000+, pilihan memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga  256GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), selain kamera swafoto 16-megapixel.

Honor V40 menyertakan bateri 4000Ah yang dilengkapi pengecasan pantas 66W, dan pengecasan nirwayar sehingga 50W.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di pasaran China sahaja. Ia masih menjadi pertanyaan sama ada telefon ini akan dilengkapi sokongan GMS untuk pasaran global atau sebaliknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd