Bermula pada tahun 2020 yang lalu, kita telah menjalani kehidupan dengan norma baharu. Ini bukan sahaja telah merubah cara kehidupan kita malah pergerakkan kita semua juga sedikit sebanyak telah terjejas. Tiba pula tahun 2021, dengan harapan kita akan bebas untuk menjalani kehidupan yang dahulu, namun nampaknya ia masih lagi menjadi tanda tanya. Tapi berita baiknya disini adalah Samsung telah melancarkan Siri Samsung Galaxy S21 mereka untuk pasaran Malaysia, dimana ia hadir dengan pelbagai fungsi penggambaran yang menarik seolah-olah membolehkan kita untuk melihat dunia luar walaupun pergerakkan kita terjejas. Bagaimana? Dengan terbinanya kamera Samsung Galaxy S21 dengan sokongan zum sehingga 100x dan pelbagai fungsi kameranya yang lain.
Sebelum kita mengulasnya dengan lebih lanjut, adalah baik kita mengenali peranti ini secara ringkas terlebih dahulu. Dibawah siri ini, Samsung telah melancarkan tiga buah model, iaitu Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G, dan juga Galaxy S21 Ultra 5G. Ketiga-tiganya membawakan spesifikasi yang hampir sama. Apa yang membezakannya adalah dari segi saiz sahaja. Namun selain sokongan S-Pen, fungsi menarik lain yang ada pada siri Samsung Galaxy S21 kali ini tentunya adalah pada fungsi kameranya.
Samsung Galaxy S21 5G dan S21+ 5G dilengkapi sistem tri kamera 12+12+64 MP yang menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, dan telefoto. Tiada sistem pemfokusan laser digunakan pada model bukan Ultra. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto 10MP digunakan. Manakala Samsung Galaxy S21 Ultra 5G pula menawarkan sistem kuad kamera 108+12+10+10 MP dan kamera swafoto 40MP.
Cukup untuk spesifikasi ringkas kamera, kita lihat pula penawaran fungsi tambahan untuk mod rakaman yang ada pada siri Samsung Galaxy S21 ini. Memandangkan kameranya mempunyai sensor bermula 64MP sehingga 108MP, jadi telefon pintar ini mampu untuk menghasilkan rakaman yang beresolusi tinggi sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan hasil rakaman yang tajam walaupun gambarnya telah dipotong.
Malah, sekiranya anda ingin menggunakan fungsi zum pada siri Samsung Galaxy S21 ini, telefon pintar ini juga menyertakan fungsi Space Zoom yang membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman yang 100x lebih dekat tanpa perlu bergerak daripada tempat anda. Fungsi ini menyertakan sistem lensa dwi zum yang mampu untuk menghasilkan rakaman zum yang lebih tajam dan cepat tanpa perlu menunggu beberapa saat seperti sistem zum yang disediakan sebelum ini. Sistem zum ini juga sangat jelas dan stabil, yang mana ia menggunakan 2 lensa telefoto daripada 2 sensor berbeza – 3x dan 10x. Zum sehingga 3x adalah optikal, zum 3x sehingga 10x juga adalah optikal dan 10x ke atas barulah menggunakan digital.
Lensa zumnya juga mampu untuk memfokuskan pada subjek secara auto. Dibantu juga oleh Laser AF dan Dual Pixel AF, ia menjadikan fokusnya menjadi lebih tepat untuk mendapatkan rakaman makro dan juga mampu untuk bertukar ke lensa sudut ultra lebar dengan pantas apabila anda ingin menangkap gambar pada jarak antara 10cm. Bukan sekadar itu sahaja, fungsi zum pada siri Samsung Galaxy S21 ini juga dibantu oleh sistem AI yang berupaya untuk mengurangkan kesan kabur apabila ia dizumkan.
Sekiranya anda ingin menghasilkan rakaman pada waktu malam juga, siri Samsung Galaxy S21 mempunyai fungsi Bright Night yang membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman yang cerah, tajam dan pewarnaan yang baik walaupun anda berada di persekitaran yang malap. Hal ini adalah kerana fungsi ini mampu untuk menangkap cahaya di persekitaran secara automatik dan proseskannya pada setiap bingkai gambar untuk menjadikannya lebih cerah. Untuk mencantikkan lagi penggambaran malam, anda boleh gunakan mod malam yang mana ia boleh membaiki gambar dengan cepat seperti mengurangkan kesan hingar dan memberikan perincian yang lebih baik.
Beralih ke fungsi penggambaran video pula, siri Samsung Galaxy S21 ini berupaya untuk merakam video seakan akan anda menggunakan kamera professional. Fungsi rakaman video ini dinamakan sebagai Director’s View. Fungsi ini sesuai untuk anda yang gemar merakam video, atau sekiranya anda seorang pengkarya video (vlogger), siri Samsung Galaxy S21 ini sesuai untuk anda. Hal ini kerana fungsi video ini mampu untuk merakam video menggunakan kamera hadapan dan belakang dalam masa yang sama. Ini memudahkan lagi proses rakaman video agar menjadi lebih cantik dan anda boleh dapatkan dua rakaman serentak.
Bukan sekadar itu sahaja, Samsung juga menyertakan fungsi Pro-grade video pada Galaxy S21 mereka, menjadikan telefon pintar ini mampu untuk menghasilkan video beresolusi paling tinggi seakan akan video di wayang. Resolusi video yang dibincangkan adalah resolusi 8K, dan anda boleh menghasilkan gambar beresolusi 33MP melaluinya. Apa yang lebih menariknya, semua lensa pada siri Galaxy S21 ini menyokong untuk dirakam pada resolusi 4K pada kadar 60fps. Jadi dengan sokongan ini, anda tidak lagi memerlukan kamera professional kerana siri Samsung Galaxy S21 cukup hebat untuk anda gunakan bagi menghasilkan rakaman video berkualiti tinggi.
Kesimpulannya, jika kita lihat semula fungsi-fungsi penggambaran yang ditawarkan pada siri Samsung Galaxy S21 ini, jelas sekali telefon pintar ini sangat berbaloi untuk dibeli. Walaupun pergerakkan kita agak terjejas buat masa sekarang, namun dengan adanya siri Samsung Galaxy S21, ia merapatkan kembali jurang antara kita semua dan boleh lihat dunia luar dengan rakaman zum 100x, dan tunjukkan kehebatan penghasilan video kita di rumah melalui fungsi Director’s View.
Bermula hari ini sehingga 31 Januari 2021, anda juga perlu bersiap sedia untuk merasai pengalaman yang lebih menyeronokkan bersama Samsung Malaysia. Hal ini kerana, buat pertama kalinya, Samsung bakal mengadakan festival teknologi secara maya menerusi akaun Instagram rasmi Samsung Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan kemaskini melalui penstriman langsung di Instagram daripada 21 selebriti media sosial di Malaysia berkenaan siri peranti serta pandangan mereka tentang bagaimana inovasi pada siri Galaxy S21 ini mampu untuk memudahkan kehidupan seharian mereka.
Jadi, bagi anda yang meminati siri Samsung Galaxy S21 ini, ketiga-tiga model dibawah siri ini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan tanda harga bermula RM3699 sehingga RM5899. Anda boleh dapatkannya bermula hari ini, 29 Januari 2021 melalui laman rasmi Samsung atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia. Namun, ada berita baik untuk anda, dimana Samsung juga turut menawarkan harga promosi bagi peranti ini bermula 29 Januari sehingga 31 Mac 2021. Oleh itu, bagi anda yang membeli mana-mana siri Galaxy S21, anda berpeluang untuk menerima Galaxy Fit2, SmartTag dan juga Wireless Charger Trio yang berjumlah RM697 secara percuma. Beli mana-mana siri Galaxy S21 sekarang dan dapatkan pelbagai hadiah percuma sementara stok masih ada.
- Info
- Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia