Carian
Apple Sedang Membangunkan Macbook Air Yang Lebih Nipis Dan Ringan, Pengecasan MagSafe
January 22, 2021 Aman

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan MacBook Air yang lebih ringan dan nipis. Komputer riba baru ini dijangka diperkenalkan seawal 2022 kelak.

MacBook Air baru ini dijangka dilengkapi teknologi pengecasan MagSafe bersama-sama dengannya, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Apple generasi baru.

MagSafe sebelum ini telah dibuang pada MacBook Air tahun 2018 yang lepas. Melalui MagSafe, ia menawarkan sambungan pengecasan berasaskan magnetik – sekaligus mengelak komputer riba tergerak sekiranya tertendang sambungan wayar pengecasan.

Apple turut dijangka menyertakan sambungan USB 4 pada komputer riba ini, dan ia dijangka akan menjadi penawaran MacBook Air berspesifikasi tinggi berbanding penawaran sedia ada.

Komen