Selepas tertiris tempoh hari, akhirnya Realme C20 kini dilancarkan secara rasmi di Vietnam. Secara kasar, Realme C20 membawakan rekaan yang tidak jauh bezanya dengan sejumlah peranti di bawah siri Realme C sebelum ini – iaitu Realme C11, C12 dan C15.

Untuk spesifikasi khusus, Realme C20 dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+. Ia juga menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G35, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W.
Seterusnya, lensa tunggal sebesar 8-Megapixel digunakan untuk kamera utama. Sementara, kamera swafoto pula adalah sebesar 5-Megapixel yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil. Spesifikasi lain termasuklah – menggunakan Android 10, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Realme C20 ditawarkan pada harga VND 2,690,000 iaitu sekitar RM471 untuk seunit.