Cari @ Amanz

Apple sedia diperkatakan bakal membawa kembali sokongan MagSafe pada komputer riba mereka untuk tujuan pengecasan. Selain daripada itu, kini Bloomberg turut melaporkan yang mana Apple sedang mempertimbangkan untuk membawa seula sokongan kad SD pada MacBook Pro.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna menghubungkan kad memori daripada kamera digital, sekaligus memudahkan penyuntingan video.

Sebelum ini, ciri berkenaan telah dibuang pada tahun 2016 yang lepas.

Satu lagi perkara yang diperkatakan adalah Apple mungkin membuang ciri Touch Bar pada model MacBook Pro akan datang – memperlihatkan salah satu ciri yang mungkin telah mula diadaptasi beberapa pengguna, hilang semula selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd