Cari @ Amanz

Sedia maklum, kerajaan kini bersetuju untuk membenarkan kedai makan dan restoran untuk beroperasi sehingga jam 10 malam. Selari dengan perubahan ini, salah satu penghantaran makanan iaitu FoodPanda turut dilihat mengemaskini waktu operasi mereka.

Melaluinya, waktu operasi baru untuk tempahan makanan menerusi FoodPanda adalah bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam. Bagaimanapun, tempahan terakhir perlu dibuat sebelum jam 9.30 malam setiap hari.

Berbeza pula dengan waktu operasi untuk perkhidmatan penghantaran runcit termasuklah Pandamart sendiri – di mana, ia terhad sehingga 8 malam sahaja. Tempahan terakhir perlu dibuat sebelum jam 7.30 malam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd