Apple sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri, dinamakan sebagai Apple TV+. Melaluinya, ia menyediakan sejumlah kandungan eksklusif yang tidak ditawarkan pada perkhidmatan lain.
Namun, kini ia dilihat salah satu masalah yang dihadapi adalah dimana majoriti besar penggunanya adalah disebabkan oleh penawaran pelan langganan percuma.
Data ini dikongsikan oleh firma kajian MoffettNathan pada suku ke-4 2020 lepas. Seramai 62% dilihat mengakses Apple TV+ kerana penawaran percuma yang diberikan Apple untuk pembelian peranti seperti iPhone atau iPad.
Apa yang agak membimbangkan adalah dimana ramai yang tidak ingin melanggan secara berbayar selepas tamatnya fasa tawaran percuma berkenaan.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan kandungan yang ditawarkan pada Apple TV+ masih terhad jikalau dibandingkan dengan pesaing yang lain seperti Netflix dan lain-lain.
Sehingga ke hari ini, Apple masih belum berkongsi berkenaan pengguna aktif untuk perkhidmatan penstriman video mereka ini.