Cari @ Amanz

Sony sebelum ini sedia menawarkan peranti dibawah keluarga Xperia Compact yang mengekalkan rekaan kecil dan kompak, tetapi dengan spesifikasi mercu. Selepas hilang untuk beberapa tahun penawaran peranti berkenaan, kini Sony dijangka mengembalikan kembali siri peranti berkenaan.

Melalui gambar yang dikongsikan @OnLeaks, Sony dijangka memperkenalkan siri Xpera Compact baharu dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

sony xperia compact

Ia dijangka dilengkapi skrin pipih, dan kamera 8-megapixel dihadapan melalui bahagian takuk. Pada bahagian belakang, Sony dijangka menyertakan dwi-kamera dengan sensor utama 13-megapixel. Pengimbas cap jari dijangka diposisikan pada bahagian tepi peranti, selain bicu audio pada bahagian bawah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada bilakah Sony akan melancarkan telefon pintar ini, dan adakah ia akan hadir dengan cip pemprosesan mercu ataupun sebaliknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd