Poster Motorola Edge S Tertiris – Dedah Rekaan Panel Belakang

Diterbitkan pada Jan 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola Edge S bakal diperkenal secara rasmi di China pada 26 Januari 2021. Pada masa sama, Motorola juga telah mengesahkan bahawa peranti ini akan dijana oleh cip terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 870 – sekaligus menjadi antara peranti terawal yang menggunakan cip berkenaan.

Menjelang pelancaran rasmi, rekaan pada panel belakang peranti telah didapati tertiris menerusi poster promosi yang tular. Ia memperlihatkan Motorola Edge S menyokong empat kamera utama dengan susunan 2X2. Selain, turut terdapatnya sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang. Bagaimanapun, tiada bonggol kamera yang besar kelihatan.

Menerusi rekaan ini, ia seakan mengiyakan beberapa spekulasi yang tular sebelum ini. Namun, sejauh mana kebenaran untuk spekulasi ini hanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Buat masa ini, info lanjut mengenai spesifikasi peranti dan tetapan sensor kamera masih belum diketahui. Tetapi, desas-desus mengatakan ia dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 6.57-inci, kamera utama 64-Megapixel, dwi-kamera swafoto, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami